Posts

Tabiat Merokok

Image
Pertama sekali merokok sangat sinonim dengan lelaki tanpa mengira usia. Aku sangat bersyukur kerana dijauhkan daripada tabiat merokok. Namun , aku dikelilingi dengan sahabat yang sangat tegar merokok. Aku mempunyai kawan yang tegar merokok sejak dari umur 13 tahun sehinggalah sekarang 19 tahun. Apa yang aku lihat pada mereka adalah sangat ketagih. Bagi mereka , merokok dapat melegakan tekanan dan dapat memuaskan diri. Bagi mereka yang tegar , mereka berkata tidak dapat menahan menghisap rokok dalam sehari dan membuatkan keadaan fizikal mereka lemah. Jadi mereka menganggap rokok adalah 'ubat' ataupun pemberi tenaga kepada mereka. tetapi apa yang aku lihat , tabiat merokok telah membawa banyak kesan negatif terhadap pelbagai aspek termasuk kesihatan , kewangan , pemikiran dan sebagainya. Otak Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya Telinga Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan p

Sukarkah Pembelajaran di Matrikulasi

Image
Pada bulan mac 2017 aku mendapat tahu keputusan sama ada permohonan aku untuk ke matrikulasi berjaya atau tidak. Ketika aku sedang bekerja , aku meminta izin supervisorku kebenaran untuk membuka telefon pintar kerana ingin menyemak permohonan ke matrikulasi. Aku agak berdebar kerana aku menyimpan hasrat yang begitu tinggi untuk memasuki matrikulasi. Dengan beberapa khabar angin yang kurang enak mengatakan bahawa pembelajaran di matrikulasi agak menyukarkan , tekanan aku untuk menyertainya adalah lebih tinggi.Aku berpendapat bahaawa segala khabar angin itu sebagai cabaran untuk aku membuktikan keupayaan aku luar biasa. Jadi aku terus bertekad untuk memasuki walaupun keluargaku agak risau aku tidak dapat membawa diri dalam mengadaptasi pembelajaran di matrikulasi. Setelah 3 hari mempertimbang tawaran ke matrikulasi , aku telah bersetuju untuk menerima. Pada tanggal 5 Jun 2017 merupakan hari pendaftaran bagi sesi 2017/2018. Aku berasa sangat teruja untuk mendaftar. Aku berjaya men

Hobi Bersukan

Aku mempunyai dua orang abang lelaki . Sejak kecik aku tinggal bersama mereka tatkala senang atau susah.Bersukan adalah hobi yang kami sangat cintai kerana ayahku juga adalah penggemar sukan. Dalam kehidupanku , aku sering didedahkan dengan pelbagai jenis sukan yang mana antaranya adalah bola sepak , badminton , memancing. Ketika aku sedang di bangku sekolah rendah , aku sudah pun mempunyai sepasang kasut boot untuk memenuhi hobiku yang selalu bermain bola. Aku sering menghabiskan waktu petang aku dengan beriadah dengan bermain permainan bola sepak. Aku bermain seawal jam 5 petang pada setiap hari  bersma kawan - kawan ku. Pada waktu itu aku berasakan bermain bola adalah segalanya mengatasi akademik. Pada ketika aku darjah 6, aku telah mewakili sekolah dalam acara bola sepak dan bermain di posisi sayap kanan. Aku sangat kecewa kerana sekolahku telah kalah pada peringkat separuh akhir. Namun hal itu tidak mematahkan semangatku untuk terus bermain bola. Pada era sekolah menengah pula , a

Band Kegemaran Dikala Sunyi

Image
Musik adalah menjadi kebiasaan bagi setiap orang kerana musik dianggap sebagai tenang dan dapat mempengaruhi perasaan. namun , setiap orang mempunyai kategori genre musiknya yang tersendiri. Kebiasaannya , musik klasik menjadi pilihan tatapan kedua orang tua kita kerana cita rasa yang klasik. Namun bagi aku, musik kategori "heavy metal" menjadi pilihanku kerana mempunyai melodi yang tersendiri. Aku mempunyai band kegemaran ku sendiri yang mana merupakan band dari negara barat iaitu  Avenged Sevenfold.  Kumpulan band ini telah ditubuhkan pada 1999 dan telah mengeluarkan banyak album. Kumpulan ini dianggotai oleh M. Shadow , Synyster gates , Zacky vengeance , Johnny chris dan Brooks Weckerman. Antara lagu yang menjadi kegemaran saya yang dinyanyikan oleh band ini adalah  So Far Away , Dear God , Afterlife , Seize the Day, A little piece of heaven dan Bat Country. Band ini telah menjelajah ke banyak negara seluruh dunia untuk membuat persembahan secara langsung. Ban

Spekifikasi PC Impian

Image
Untuk mempuat CPU kita memerlukan 6 komponen utama iaitu motherboard , graphic card , ram, hard disk , power supply dan processor. Aku telah bercita - cita membuat cpu idaman dengan memperuntukkan bajet kewangan sekitar RM2,500 hingga RM3,000. Untuk memberi kepuasan maksimum untuk aku ketika bermain game , aku telah memilih jenis - jenis komponen dengan kelebihan yang tertentu  Motherboard Gigabyte Z390 Aorus Ultra     2.  Graphic Card Gigabyte GeForce GTX 1070 G1 Gaming 8GB Graphic Card 3. Ram HyperX Fury DDR4 8GB 4. Hard Disk Seagate Baraccuda 1TB hard drive  5. Processor Intel i7-8700k 8 gen 6. Power Supply Cooler Master Hyperx 212 CPU cooler

Kampung Halaman

Image
Aku ,Ahmad Ashraaf Bin A Rahman , dilahirkan di Hospital Dungun ,Terengganu iaitu di bandar kampung halamanku. Kampungku terletak di Kampung Kuala Abang , Dungun , Terengganu. Kampung tersebut merupakan kampung sebelah ibuku di mana ibuku mempunyai 10 orang adik beradik tetapi ibuku telah kehilangan seorang daripadanya kerana telah meninggal ketika dalam kandungan nenekku. Kampungku terletak betul -betul di sebelah pemandandangan pantai yang sangat cantik dan unik. Bersebelahan dengan kampungku , terdapat juga sebatang sungai di mana terdapat juga kuala yang menghubungkan sungai dan laut. Alangkah bertuahnya aku kerana terdapat pemandangan yang sungguh cantik hanya di luar halam kampungku. Terdapat juga sebidang tanah yang luas disebelah kampungku di mana aku sering bermain bola bersama sepupu -sepupuku di situ. Menjelang musim perayaan, suasana kampungku bertuar menjadi sangat meriah kerana diserikan dengan pelbagai aktiviti - aktiviti menarik termasuklah membakar ayam , bermain

Kereta Idaman

Image
Setiap orang pasti ada angan - angan tersendiri begitu juga dengan aku , kereta amat penting pada masa kini. Namun, kereta "sport" merupakan kegilaan anak muda zaman kini. Kereta "sport" merupakan sebahagian dari impian aku. InsyaAllah pada suatu hari nanti aku dapat memilki sebuah kereta daripadanya. hehe... dengan izin Allah aku dapat memilikinya suatu hari nanti. Antara kereta - kereta yang menjadi kegilaan aku untuk memilikinya adalah 1. Audi A5 2018 2. Nissan GTR 3. Mustang GT