Sukarkah Pembelajaran di Matrikulasi
Pada bulan mac 2017 aku mendapat tahu keputusan sama ada permohonan aku untuk ke matrikulasi berjaya atau tidak. Ketika aku sedang bekerja , aku meminta izin supervisorku kebenaran untuk membuka telefon pintar kerana ingin menyemak permohonan ke matrikulasi. Aku agak berdebar kerana aku menyimpan hasrat yang begitu tinggi untuk memasuki matrikulasi. Dengan beberapa khabar angin yang kurang enak mengatakan bahawa pembelajaran di matrikulasi agak menyukarkan , tekanan aku untuk menyertainya adalah lebih tinggi.Aku berpendapat bahaawa segala khabar angin itu sebagai cabaran untuk aku membuktikan keupayaan aku luar biasa. Jadi aku terus bertekad untuk memasuki walaupun keluargaku agak risau aku tidak dapat membawa diri dalam mengadaptasi pembelajaran di matrikulasi. Setelah 3 hari mempertimbang tawaran ke matrikulasi , aku telah bersetuju untuk menerima. Pada tanggal 5 Jun 2017 merupakan hari pendaftaran bagi sesi 2017/2018. Aku berasa sangat teruja untuk mendaftar.
Aku berjaya menghabiskan dua semester dengan jayanya apabila aku berjaya mendapat keputusan yang memberangsangkan apabila berjaya mendapat gred purata keseluruhan 3.94. Aku berasa sangat seronok. Tingkat keyakinan diriku mula bertambah. Aku cuba membuktikan bahawa khabar angin hanya sekadar kata kosong yang hanya melemahkan semangat. Apa yang paling bermakna buatku adalah aku berjaya membuat kedua orang tuaku tersenyum dengan pencapaianku. Setelah habis pengajian aku telah ditawarkan untuk masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku berazam bahawa aku akan terus bersemangat untuk berjaya pada peringkat tertinggi pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment