Tempat Pelancongan Menarik
Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian. Ini
kerana, selain daripada tempat menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih
untuk menginap juga penting untuk memastikan kita dapat kepuasan penuh semasa
bercuti.
1.Villaku, Pahang
Villaku Residences yang terletak di Balok Kuantan ini merupakan
dua villa yang telah digabungkan menjadi satu.
Setiap Villa boleh memuatkan 18 orang dan mempunyai kolam renang
peribadi yang tersendiri.
Lokasi dan rekebentuk Villa yang menarik membuat tempat ini ideal
untuk bercuti bersama keluarga, rakan-rakan atau boleh digunakan untuk majlis
seperti perkahwinan tepi pantai
Apabila anda sudah puas mandi swimming pool, anda boleh ke pantai
yang hanya beberapa langkah dari laut yang tenang.
Alamat: Lot 28195, Kg Pantai Balok, 26080, Balok, Kuantan, Pahang.
2.Tadom Hill Resort
Kalau anda mencari destinasi yang berlainan dengan harga yang
berbaloi untuk bercuti bersama rakan–rakan, Tadom Hill
Resort ini pasti menjadi pilihan utama anda.
Anda boleh menjumpai Tadom Hill Resort di Banting Selangor.
Jika anda sedar resort ini sudahpun menjadi viral di media sosial.
Ini kerana pengunjung ke resort ini bukan saja dapat memilih
untuk bermalam didalam chalet terbuka atau kemah, mereka juga dapat menikmati
keindahan alam semulajadi yang boleh dijumpai di sana. Nak mengelakkan panas
matahari tengah hari, terjun saja dalam tasik yang ada disitu.
Alamat : Kampung Labohan Dagang,
Banting, Selangor, Malaysia
Telefon :
·
Reception (9am – 10pm) – +6012 522 5908
·
Reservation (9am – 5pm) – +6012 522 5728
Facebook : Tadom Hill
Resort
Instagram : Tadom Hill
Resort
Laman Web : tadomhillresorts.com
Comments
Post a Comment