Hobi Bersukan
Aku mempunyai dua orang abang lelaki . Sejak kecik aku tinggal bersama mereka tatkala senang atau susah.Bersukan adalah hobi yang kami sangat cintai kerana ayahku juga adalah penggemar sukan. Dalam kehidupanku , aku sering didedahkan dengan pelbagai jenis sukan yang mana antaranya adalah bola sepak , badminton , memancing. Ketika aku sedang di bangku sekolah rendah , aku sudah pun mempunyai sepasang kasut boot untuk memenuhi hobiku yang selalu bermain bola. Aku sering menghabiskan waktu petang aku dengan beriadah dengan bermain permainan bola sepak. Aku bermain seawal jam 5 petang pada setiap hari bersma kawan - kawan ku. Pada waktu itu aku berasakan bermain bola adalah segalanya mengatasi akademik. Pada ketika aku darjah 6, aku telah mewakili sekolah dalam acara bola sepak dan bermain di posisi sayap kanan. Aku sangat kecewa kerana sekolahku telah kalah pada peringkat separuh akhir. Namun hal itu tidak mematahkan semangatku untuk terus bermain bola. Pada era sekolah menengah pula , aku telah aktif bermain futsal. Aku sangat aktif sehinggakan aku sanggup berikat perut di sekolah demi menyimpan duit untuk membayar sewa futsal. Sehinggakan aku bersama pasukanku telah membuat keputusan untuk memasuki satu kejohanan yang agak besar yang berada di luar kawasan tempat tinggalku. Oleh kerana semangat dan keazaman yang tinggi , aku bermain bersungguh - sungguh dan tenang menghadapi tentangan dari pasukan - pasukan yang bertanding. Dengan semangat yang berkobar - kobar aku berjaya merangkul kejuaraan. Aku berasa sangat seronok. Tambahan lagi , aku berjaya menghasilkan jumlah gol yang amat memberangsangkan dengan jumlah gol diledak sebanyak 9 gol dalam satu kejohanan. Nama pasukanku melonjak naik meniti bibir - bibir pasukan lain kerana dengan gaya permainan yang kemas dan tersusun. Pasukanku dinamakan ATABARA FT oleh rakan sepasukanku. Justeru selepas itu , namaku beserta rakan sepasukanku naik melonjak di sekolah. Selepas itu , senior sekolahku telah memanggil aku bersama - sama rakanku untuk berlatih bersama untuk dihantar ke kejohanan seterusnya.
Comments
Post a Comment