Hari FoodTruck


Tidak asing lagi bagi mahasiswa  mahasiswi UKM pada hari rabu terdapat banyak foodtruck bersusunan di tepi jalan Pusanika UKM kerana pada hari tersebut jalan di hadapan Pusanika akan ditutup bagi memberi ruang kepada foodtruck menjual makanan dan minuman. Pada hari ini, penduduk UKM akan membanjiri kawasan ini untuk membeli pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat. Antara makanan yang menjadi perhatian pengunjung adalah keropok lekor 'ganu' kerana rasanya yang sungguh enak dan sedap. Ia juga memberi pengalaman baru buat sahabat saya yang berasal dari sabah ,Salzubir Salleh, yang menikmati makanan tradisi terengganu itu.



Bagi memeriahkan suasana , Busking juga diadakan pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi suasana. Keadaan pada masa itu seakan- akan keadaan di pasar malam di mana kia dapat menikmati pelbagai makanan yang enak - enak diahiasi dengan suasana yang meriah yang disajikan oleh kumpulan buskers yang membuat persembahan pada hari tersebut. Sesiapa yang telah menjadi warga UKM dialu - alukan pada hari tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis - jenis Kasut Sukan

Latar Belakang Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

SUKEM ( Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia) 2018