Pekerjaanku Sementara Menunggu Hari Pendaftaran

Setelah tamat pengajianku di peringkat sekolah menengah pada usia 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, aku mendapat rehat antara 6-7 bulan sementara menunggu hari kemasukan ke matrikulasi. Sehari sejurus selepas berakhirnya peperiksaan SPM aku terus melonjak langkah pertama dengan mencari pekerjaan sementara untuk mencari duit poket.

Setelah lima hari mencari kerja , akhirnya aku dipanggil temuduga untuk bekerja di sebuah kafe.yang bernama Tealive. Tealive merupakan syarikat minuman yang terkemuka di Malaysia. Aku begitu semangat untuk memulakan hari pertama pekerjaan aku. Aku memulakan hari pertama pekerjaanku pada tanggal 5 disember 2018 di mana aku berasa sangat teruja untuk memulakan pekerjanku. Aku berdaftar secara sah dan mempunyai akaun KWSP pada umur 17 tahun dan membuka akaun jenis maybank untuk menerima gaji bulanan. Aku diberitahu bahawa pendapatan sebulanku berjumlah RM1,200 dan tidak termasuk elaun sebanyak RM100. Pada hari pertama, aku berasa agak kekok untuk memulakan tugasku . Aku diberi tugas untuk mengoncang air sehingga mahir. Selama seminggu diperlukan untuk aku mahir melakukan tugas tersebut. Aku diajar oleh staf yang cukup berpengalaman iaitu Ahmad Khuzaifah , Khairul Aizat, Sa Aye Chan Aung atau dengan nama glamournya Pokua dan Izyan. Mereka sangat memberi tunjuk ajar dan memberi layanan terbaik kepada staf baru seperti aku. Shift yang ada kebiasaannya pada jam 9-6 , 11-11 , 12-11, 1-11 dan      2-11. Rehat diberikan selama satu jam setiap hari. Aku sangat gembira dapat bekerja di situ dan memperoleh banyak pengalaman di situ.

Aku berkhidmat di situ selama 6 bulan di mana 5 hari selepas amat peperiksaan SPM dan 5 hari sebelum hari pendaftaran ke Kolej Matrikulasi Pahang. Dengan simpanan gaji yang aku peroleh , aku menggunakannya untuk membayar yuran  pendaftaran dan menangung persiapan ke kolej.
Sekian merupakan sedikit perjalanan pekerjaan sementaraku sementara menunggu hari pendaftaran ke matrikulasi pahang.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis - jenis Kasut Sukan

Latar Belakang Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

SUKEM ( Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia) 2018