SUKEM ( Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia) 2018
Dalam setiap Institut Pengajian Tinggi pasti ada sukan yang
diadakan bagi membentuk siswa dan siswi bukan sahaja aktif dalam akademik
tetapi juga dalam bidang sukan. Begitulah juga Universiti Kebangsaan Malaysia
dimana universiti ini merupakan universiti yang aktif dalam bidang sukan bahkan
pasukan bolanya telah terpilih untuk menyertai pertandingan liga bola sepak
Malaysia divisyen 2. Pada November 2018, UKM telah mengadakan SUKEM bagi tahun
2018. Terdapat pelbagai sukan yang dianjurkan antaranya sepak takraw, bola
sepak, ping pong, silat, bola tampar dan sebagainya.
Sukan ini disetai oleh 11 kolej. Antara kolej yang bersaing
hebat adalah Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Zaaba dan Kolej Aminuddin Baki.
Kolej Aminuddin Baki merupakan kolej yang paling digeruni dalam aspek ini
kerana kolej ini merupakan juara 7 kali berturut- turut. Tidak lupa juga pada
para penyokong setiap kolej turun ke padang bagi memeriahkan lagi sukan ini
terutamanya penyokong Kolej Keris Mas dan Pendeta Zaaba kerana kolej ini
merupakan kolej yang mempunyai penduduk yang ramai.
Sukem disudahi dengan majlis penutupan SUKEM. Juara bagi
SUKEM pada tahun ini tidak lain tidak bukan iaitu juara 7 kali berturut-turut
Kolej Aminuddin Baki di ikuti Kolej Pendeta Zaaba di tempat kedua dan Kolej
Keris Mas ditempat ketiga. Kejuaran yang dimenangi Kolej Aminuddin Baki bagi
tahun 2018 menjadikan Kolej ini memenangi SUKEM bagi 8 kali berturut-turut dan
masih teguh mempertahankan kejuaran mereka. Akhir sekali, persembahan
perbarisan dimana Kolej Keris Mas memenangi perbarisan terbaik yang ahlinya
terdiri daripada ahli-ahli SUKSIS ( Sukarelawan Polis Siswa Siswi) UKM dengan
persembahan yang bertemakan rimba dihiasi dengan warna-warna keorenan.
Comments
Post a Comment