Sedikit Perkenalan Tentang Diriku
Apabila usia aku mencecah 5 tahun aku mula dihantar untuk mengenal huruf dan abjad di sebuah tadika berdekatan dengan rumah iaitu Tadika Indera Pintar. Aku mula diajar di situ dan aku memanggil guruku sebagai Sir Baba dan Teacher La. Aku cuba belajar sesuatu dari mereka. Layanan mereka yang sungguh baik membuatkanku bersungguh - sungguh untuk datang ke kelas. Sehingga umurku 6 tahun aku belajar disitu.
Usia terus meningkat kepada 7 tahun. Aku perlahan -lahan diantar ke peringkat lebih tinggi iaitu sekolah rendah. Sekolah Rendah Indera Mahkota merupakan pentas ilmuku berkembang dari abjad sehinggalah dapat menjadi sebuah ayat. Aku telah mengenali beberapa teman karibku ketika di sana dan cuba ntuk membuka mindaku. Setiap petang aku sering menghabiskan masa aku dengan bermain bola sepak bersama - rakan . Itu sudah menjadi rutin hidupku.Aku akan kecewa sekiranya setiap kali hujan kerana tidak dapat bermain bola bersama.
Usia terus meningkat sehingga umurku mencecah 13 tahun.Aku dimasukkan ke sekolah menengah harian. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad (SMKTPPTM). Aku juga telah mempelajari pelbagai jenis ilmu sama ada dari segi kepimpinan , insaniah dan akademik.
Setelah tamat pengajian pada usia 17 tahun, aku meneruskan pengajian aku ke peringkat matrikulasi selama setahun pada sesi 2017/2018. Aku telah mendapat keputusan yang membanggakan dengan keputusan 3.94 pada akhir kedua - dua semester.
Setelah itu , aku memutuskan untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi apabila meneruskan pengajian ijazah sarjana muda di Univesiti Kebangsaan Malaysia pada usia 19 tahun. Dengan pencapaian ini aku telah memendam impian yang lebih tinggi untuk menyambung dalam profesion akaun . Aku telah memasang hasrat untuk menjadi akauntan bertauliah dan ditauliahkan oleh badan tertinggi akaun.
Ini merupakan sinopsis perjalanan sepanjang pengajianku seumur hidupku. Semoga aku meraih keberkatan dan reda Allah SWT dalam mengejar kejayaan ke arahnya.
Comments
Post a Comment