Hasrat Tertunda
Tujuan aku memasang impian untuk membina sebuah custom pc adalah untuk beramain 'game'. Hasrat ini bermula sejak aku berumur 13 tahun. Pada ketika itu aku hanya bercita - cita untuk bermain game dek kerana sahabat sahabat ku sering bercerita tentang perminan video. Aku berasa sangat teruja untuk bermain game sehingga aku sanggup mengikat perut ke sekolah kerana mahu menggunakan duit perbelanjaan tersebut untuk berkunjung ke cyber cafe 'CC'. Pada ketika itu, aku pergi dalam tempoh 2-3 minggu tanpa pengetahuan ibuku kerana aku menganggap berkunjung ke cc untuk bermain game bukanlah satu kesalahan. Sehingga suatu masa aku tertangkap kerana pergi cc , ibuku mengeluarkan arahan tidak membenarkan aku keluar dari rumah untuk beberapa tempoh. Hal ini kerana aku banyak menghabiskan duit untuk sesuatu yang tidak berfaedah. AKAN TETAPI, ibuku memberi nasihat supaya menabung untuk memiliki sendiri pc untuk bermain game supaya tidak membazir duit.
Dalam masa yang sama, aku dapat belajar erti MENABUNG. Untuk itu, aku telah cuba untuk menabung sejak dari kecik untuk mendapatkan hasil yang begitu besar, tetapi realiti kehidupan mengajar aku untuk mengutamakan kepentingan berbanding kehendak. Atas dasar kewangan keluarga, aku telah menggunakan duit tabungan untuk melakukan perbelanjaan termasuklah sebagai duit perbelanjaan harian aku.
Setelah itu , aku terus mengutamakan kepetingan berbanding kehendak. Dan aku terus menyimpan hasra aku untuk memiliki sebuah pc idaman. Aku berazam untuk cuba memenuhi impia aku setelah aku bergraduasi dan bekerja kerana mungkin pada ketika itu aku mempunyai banyak lebihan untuk aku merealisasikan impian aku.
Comments
Post a Comment