Kem Interaksi SUKSIS ( Sukarelawan Siswa Siswi) 2018




SUKSIS merupakan antara badan beruniform dalam Universiti Kebangsaan Malaysia yang menyediakan pelbagai kelebihan. Setiap tahun, SUKSIS akan menjalankan program interaksi dimana program ini bertujuan merapatkan lagi hubungan antara squad. Pelbagai aktiviti menarik yang terdapat dalam program ini yang berunsurkan kepolisan.

Antara aktiviti yang terdapat dalam program ini ialah susun papan, membina kapal terbang dari kertas dan banyak lagi. Semua aktiviti ini bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim antara squad agar mereka dapat berkerjasama dengan baik pada masa hadapan di samping menerapkan unsur integriti dalam diri setiap platun.

Terdapat pelbagai kelebihan program ini antaranya:

Menguatkan tubuh badan

-
Program interaksi ini lasak dan mampu meningkatkan stamina serta kecerdasan akal fikiran para pelatih disamping melatih kemahiran kawad kaki kerana setiap pergerakan ke sesuatu tempat akan disusuli dengan kawad kaki.

Mendisiplinkan diri

-Setiap pelatih kerna bersedia 15 minit awal sebelum sesuatu aktiviti bermula. Pelatih juga harus berkumpul terlebih dahulu dalam susunan kawad sebelum bergerak ke tempat aktiviti. Selain itu, pelatih juga haru mematuhi kod pemakaian program seperti wajib menggunakan baju berkolar.

Memupuk semangat berpasukan

-Kelebihan program ini yang paling jelas ialah memupuk semangat berpasukan. Setiap aktiviti yang dijalankan sentiasa memerlukan kerjasama dalam pasukan bagi melengkapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Bahkan setiap kali berhimpun, pelatih wajib saling ingat-mengingati tentang masa bagi sesuatu aktiviti yang bakal dijalankan.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis - jenis Kasut Sukan

Latar Belakang Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

SUKEM ( Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia) 2018