Tabiat Merokok
Pertama sekali merokok sangat sinonim dengan lelaki tanpa mengira usia. Aku sangat bersyukur kerana dijauhkan daripada tabiat merokok. Namun , aku dikelilingi dengan sahabat yang sangat tegar merokok. Aku mempunyai kawan yang tegar merokok sejak dari umur 13 tahun sehinggalah sekarang 19 tahun. Apa yang aku lihat pada mereka adalah sangat ketagih. Bagi mereka , merokok dapat melegakan tekanan dan dapat memuaskan diri. Bagi mereka yang tegar , mereka berkata tidak dapat menahan menghisap rokok dalam sehari dan membuatkan keadaan fizikal mereka lemah. Jadi mereka menganggap rokok adalah 'ubat' ataupun pemberi tenaga kepada mereka. tetapi apa yang aku lihat , tabiat merokok telah membawa banyak kesan negatif terhadap pelbagai aspek termasuk kesihatan , kewangan , pemikiran dan sebagainya.
Otak
| Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya |
---|---|
Telinga
| Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak |
Mata
| Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan |
Mulut
|
|
Hidung
| Mengurangkan deria bau |
Kulit
| Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut |
Paru-paru
| Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan |
Comments
Post a Comment