Rumah Hantu KKM di UKM
Kolej Keris Mas merupakan antara kolej yang besar di UKM dan mempunyai pelbagai cerita misteri. Kolej ini mempunyai sebuah blok yang tidak dapat disiapkan sepenuhya serta kosong tiada penghunu dan terbenkalai iaitu blok 2. Pelbagai cerita misteri berkaitan blok ini kerana strukturnya yang belum sempurna dan menakutkan terutama dikwaktu malam kerana blok ini tiada penghuni manusia.
Akan tetapi, kekurangan itu menjadi kelebihan kerana blok tersebut dijadikan sebagai rumah hantu yang dikunjungi oleh orang ramai dengan harga tiket bernilai RM5 seorang. Pengurus program ini telah menghiasi rumah tersebut dengan pelbagai replika yang menakutkan bagi memberi kepuasan kepada pengunjung.
SERAM... mungkin ini yang terlintas di fikiran anda sebaik sahaja mendengar tentang adanya program seperti ini. TETAPI, sebenarnya blok ini telah dipastikan selamat agar tiada perkara -perkara yang tidak diingini berlaku. Dengan kawalan dan bilangan para pelakon yang ramai , rumah hantu ini selamat dikunjungi tapi tetap seram bagi para pengunjung kerana misteri- misteri disebalik cerita blok 2 kolej keris mas.
Semuanya atas kehendak tuhan..... pada akhirnya program ini berlangsung dengan jayanya tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. misteri yang belum terjawab pun akhirnya terjawab.
Comments
Post a Comment