Pulau Mabul Destinasi Percutian Impian
Assalamualaikum dan selamat kembali kempada pembaca sekalian. Pada hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang destinasi pelancongan impian yang akan ku jejakkan kaki suatu hari nanti. Aku dan rakan rakanku telah pun merancang untuk melakukan percutian di Pulau Mabul yang teretak di Sabah. Aku ingin menjejakkan kakiku ke pulau yang sangat indah di Malaysia iaitu Pulau mabul. Pulau ini merupakan Pulau yang sangat cantik yang ingin aku jejaki. Airnya yang tenang dan jernih membuatkan aku selalu teringat untuk kesana. Aku akan ke Pulau Mabul bersama rakan-rakan UKM untuk melihat kebesaran Allah SWT yang maha kuasa lagi maha agung. Khazanah yang indah ini akan selalu membuatkan ku teruja untuk ke sana. Jika pembaca sekalian ingin merasai kenikmatan sungai yang airnya kelihatan seperti air paip yang sangat jernih,pergilah ke pulau mabul. Semoga kita memperoleh kepuasan ketika menikmati khazanah alam.
Comments
Post a Comment