Majlis Peyerahan Bendera Sukem KAB
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada
hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang Majlis Penyerahan Bendera
Sukem Kolej Aminuddin Baki. Majlis Penyerahan Bendera Sukem ini diadakan pada
14 November 2018 di kolej Aminuddin Baki. Majlis Penyerahan Bendera ini akan
diadakan pada setiap tahun di UKM. Majlis penyerahan bendera ini diadakan
menikut kolej masing masing. Tujuan Majlis Penyerahan bendera Sukem ini
diadakan adalah bagi menaikkan semangat para atlet untuk berjuang sehabis baik
ketika bermain sukan. Majlis Penyerahan Bendera ini diuruskan oleh Biro
Sekreteriat Sukan dan Rekreasi(SSDR) KAB.Majlis ini diadakan di foyer KAB yang
dihadiri oleh pengetua KAB,Dr Suzurin,Timbalan Pengetua,Encik Fairuz,Felo kanan,Encik
Faizal,MEP Sukan KAB,Khairul Anuar dan para atlet Kolej Aminuddin Baki.Majlis
dimulakan dengan kehadiran para atlet Kolej Aminuddin Baki pada jam 8.30
malam.Pada jam 8.45 malam,ketibaan tetamu kehormat majlis iaitu
pengetua,timbalan pengetua,felo kanan dan juga MEP sukan KAB. Seterusnya
nyanyian lagu Negaraku,Varsiti Kita dan Lagu rasmi Kolej Aminuddin Baki.Setelah
selesai nyanyian,doa dibaca bagi memberkati majlis pada malam tersebut.
kemudian,sepatah dua kata ucapan diberikan oleh pengetua Kolej Aminuddin Baki
iaitu Dr Suzurin bagi menaikkan semangat atlet atlet kolej Aminuddin
Baki.setelah selesai ucapan daripada Dr Suzurin,video montaj ditayangkan bagi
menaikkan lagi semangat atlet-atlet Kolej Aminuddin Baki.Kemudian,majlis
diteruskan lagi dengan gimmik penyerahan bendera kepada pengibar bendera Kolej
Aminuddin Baki iaitu saudara Amir yang juga seorang atlet badminton
Malaysia.Setelah selesai gimmik penyerahan bendera,bacaan ikrar oleh saudara
Amir. setelah lafaz ikrar tersebut selesai, sesi fotografi diadakan seterusnya
majlis selesai.Tetamu dibenarkan bersurai seterusnya tetamu dijemput untuk
menikmati jamuan ringkas yang tekah disediakan oleh Biro SSDR. Dengan adanya
Majlis Penyerahan Bendera ini,semangat para atlet akan terus meningkat untuk memburu
emas pada SUKEM 2018.
Comments
Post a Comment