Posts

Showing posts from 2018

Tabiat Merokok

Image
Pertama sekali merokok sangat sinonim dengan lelaki tanpa mengira usia. Aku sangat bersyukur kerana dijauhkan daripada tabiat merokok. Namun , aku dikelilingi dengan sahabat yang sangat tegar merokok. Aku mempunyai kawan yang tegar merokok sejak dari umur 13 tahun sehinggalah sekarang 19 tahun. Apa yang aku lihat pada mereka adalah sangat ketagih. Bagi mereka , merokok dapat melegakan tekanan dan dapat memuaskan diri. Bagi mereka yang tegar , mereka berkata tidak dapat menahan menghisap rokok dalam sehari dan membuatkan keadaan fizikal mereka lemah. Jadi mereka menganggap rokok adalah 'ubat' ataupun pemberi tenaga kepada mereka. tetapi apa yang aku lihat , tabiat merokok telah membawa banyak kesan negatif terhadap pelbagai aspek termasuk kesihatan , kewangan , pemikiran dan sebagainya. Otak Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya Telinga Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan p

Sukarkah Pembelajaran di Matrikulasi

Image
Pada bulan mac 2017 aku mendapat tahu keputusan sama ada permohonan aku untuk ke matrikulasi berjaya atau tidak. Ketika aku sedang bekerja , aku meminta izin supervisorku kebenaran untuk membuka telefon pintar kerana ingin menyemak permohonan ke matrikulasi. Aku agak berdebar kerana aku menyimpan hasrat yang begitu tinggi untuk memasuki matrikulasi. Dengan beberapa khabar angin yang kurang enak mengatakan bahawa pembelajaran di matrikulasi agak menyukarkan , tekanan aku untuk menyertainya adalah lebih tinggi.Aku berpendapat bahaawa segala khabar angin itu sebagai cabaran untuk aku membuktikan keupayaan aku luar biasa. Jadi aku terus bertekad untuk memasuki walaupun keluargaku agak risau aku tidak dapat membawa diri dalam mengadaptasi pembelajaran di matrikulasi. Setelah 3 hari mempertimbang tawaran ke matrikulasi , aku telah bersetuju untuk menerima. Pada tanggal 5 Jun 2017 merupakan hari pendaftaran bagi sesi 2017/2018. Aku berasa sangat teruja untuk mendaftar. Aku berjaya men

Hobi Bersukan

Aku mempunyai dua orang abang lelaki . Sejak kecik aku tinggal bersama mereka tatkala senang atau susah.Bersukan adalah hobi yang kami sangat cintai kerana ayahku juga adalah penggemar sukan. Dalam kehidupanku , aku sering didedahkan dengan pelbagai jenis sukan yang mana antaranya adalah bola sepak , badminton , memancing. Ketika aku sedang di bangku sekolah rendah , aku sudah pun mempunyai sepasang kasut boot untuk memenuhi hobiku yang selalu bermain bola. Aku sering menghabiskan waktu petang aku dengan beriadah dengan bermain permainan bola sepak. Aku bermain seawal jam 5 petang pada setiap hari  bersma kawan - kawan ku. Pada waktu itu aku berasakan bermain bola adalah segalanya mengatasi akademik. Pada ketika aku darjah 6, aku telah mewakili sekolah dalam acara bola sepak dan bermain di posisi sayap kanan. Aku sangat kecewa kerana sekolahku telah kalah pada peringkat separuh akhir. Namun hal itu tidak mematahkan semangatku untuk terus bermain bola. Pada era sekolah menengah pula , a

Band Kegemaran Dikala Sunyi

Image
Musik adalah menjadi kebiasaan bagi setiap orang kerana musik dianggap sebagai tenang dan dapat mempengaruhi perasaan. namun , setiap orang mempunyai kategori genre musiknya yang tersendiri. Kebiasaannya , musik klasik menjadi pilihan tatapan kedua orang tua kita kerana cita rasa yang klasik. Namun bagi aku, musik kategori "heavy metal" menjadi pilihanku kerana mempunyai melodi yang tersendiri. Aku mempunyai band kegemaran ku sendiri yang mana merupakan band dari negara barat iaitu  Avenged Sevenfold.  Kumpulan band ini telah ditubuhkan pada 1999 dan telah mengeluarkan banyak album. Kumpulan ini dianggotai oleh M. Shadow , Synyster gates , Zacky vengeance , Johnny chris dan Brooks Weckerman. Antara lagu yang menjadi kegemaran saya yang dinyanyikan oleh band ini adalah  So Far Away , Dear God , Afterlife , Seize the Day, A little piece of heaven dan Bat Country. Band ini telah menjelajah ke banyak negara seluruh dunia untuk membuat persembahan secara langsung. Ban

Spekifikasi PC Impian

Image
Untuk mempuat CPU kita memerlukan 6 komponen utama iaitu motherboard , graphic card , ram, hard disk , power supply dan processor. Aku telah bercita - cita membuat cpu idaman dengan memperuntukkan bajet kewangan sekitar RM2,500 hingga RM3,000. Untuk memberi kepuasan maksimum untuk aku ketika bermain game , aku telah memilih jenis - jenis komponen dengan kelebihan yang tertentu  Motherboard Gigabyte Z390 Aorus Ultra     2.  Graphic Card Gigabyte GeForce GTX 1070 G1 Gaming 8GB Graphic Card 3. Ram HyperX Fury DDR4 8GB 4. Hard Disk Seagate Baraccuda 1TB hard drive  5. Processor Intel i7-8700k 8 gen 6. Power Supply Cooler Master Hyperx 212 CPU cooler

Kampung Halaman

Image
Aku ,Ahmad Ashraaf Bin A Rahman , dilahirkan di Hospital Dungun ,Terengganu iaitu di bandar kampung halamanku. Kampungku terletak di Kampung Kuala Abang , Dungun , Terengganu. Kampung tersebut merupakan kampung sebelah ibuku di mana ibuku mempunyai 10 orang adik beradik tetapi ibuku telah kehilangan seorang daripadanya kerana telah meninggal ketika dalam kandungan nenekku. Kampungku terletak betul -betul di sebelah pemandandangan pantai yang sangat cantik dan unik. Bersebelahan dengan kampungku , terdapat juga sebatang sungai di mana terdapat juga kuala yang menghubungkan sungai dan laut. Alangkah bertuahnya aku kerana terdapat pemandangan yang sungguh cantik hanya di luar halam kampungku. Terdapat juga sebidang tanah yang luas disebelah kampungku di mana aku sering bermain bola bersama sepupu -sepupuku di situ. Menjelang musim perayaan, suasana kampungku bertuar menjadi sangat meriah kerana diserikan dengan pelbagai aktiviti - aktiviti menarik termasuklah membakar ayam , bermain

Kereta Idaman

Image
Setiap orang pasti ada angan - angan tersendiri begitu juga dengan aku , kereta amat penting pada masa kini. Namun, kereta "sport" merupakan kegilaan anak muda zaman kini. Kereta "sport" merupakan sebahagian dari impian aku. InsyaAllah pada suatu hari nanti aku dapat memilki sebuah kereta daripadanya. hehe... dengan izin Allah aku dapat memilikinya suatu hari nanti. Antara kereta - kereta yang menjadi kegilaan aku untuk memilikinya adalah 1. Audi A5 2018 2. Nissan GTR 3. Mustang GT

Sedikit Perkenalan Tentang Diriku

Image
Ahmad Ashraaf Bin A Rahman merupakan nama yang indah yang diberikan oleh dua  insan tercinta di dunia iaitu ibu dan bapaku A Rahman Bin long  dan Noreha Binti Abdul Wahab. Ketika Malaysia sedang menghayati peristiwa kemerdekaan pada 31 Ogos 1999 ibuku sedang terlantar di Hospital Dungun ditemani bapaku kerana sarat mengandungkan aku. Pada detik 4.15 minit pagi aku mula mengenal dunia yang sangat indah. Seluruh keluargaku sungguh seronok akan kelahiranku. Atuk dan nenekku juga datang ke hospital dengan segera setelah mendengar khabar kelahiranku.Aku disambut meriah di kampung dan ibuku berasa sangat teruja untuk memberi kasih sayang kepadaku. Apabila usia aku mencecah 5 tahun aku mula dihantar untuk mengenal huruf dan abjad di sebuah tadika berdekatan dengan rumah iaitu Tadika Indera Pintar. Aku mula diajar di situ dan aku memanggil guruku sebagai Sir Baba dan Teacher La. Aku cuba belajar sesuatu dari mereka. Layanan mereka yang sungguh baik membuatkanku bersungguh - sungguh untuk

Pekerjaanku Sementara Menunggu Hari Pendaftaran

Setelah tamat pengajianku di peringkat sekolah menengah pada usia 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, aku mendapat rehat antara 6-7 bulan sementara menunggu hari kemasukan ke matrikulasi. Sehari sejurus selepas berakhirnya peperiksaan SPM aku terus melonjak langkah pertama dengan mencari pekerjaan sementara untuk mencari duit poket. Setelah lima hari mencari kerja , akhirnya aku dipanggil temuduga untuk bekerja di sebuah kafe.yang bernama Tealive. Tealive merupakan syarikat minuman yang terkemuka di Malaysia. Aku begitu semangat untuk memulakan hari pertama pekerjaan aku. Aku memulakan hari pertama pekerjaanku pada tanggal 5 disember 2018 di mana aku berasa sangat teruja untuk memulakan pekerjanku. Aku berdaftar secara sah dan mempunyai akaun KWSP pada umur 17 tahun dan membuka akaun jenis maybank untuk menerima gaji bulanan. Aku diberitahu bahawa pendapatan sebulanku berjumlah RM1,200 dan tidak termasuk elaun sebanyak RM100. Pada hari pert

Majlis Peyerahan Bendera Sukem KAB

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang Majlis Penyerahan Bendera Sukem Kolej Aminuddin Baki. Majlis Penyerahan Bendera Sukem ini diadakan pada 14 November 2018 di kolej Aminuddin Baki. Majlis Penyerahan Bendera ini akan diadakan pada setiap tahun di UKM. Majlis penyerahan bendera ini diadakan menikut kolej masing masing. Tujuan Majlis Penyerahan bendera Sukem ini diadakan adalah bagi menaikkan semangat para atlet untuk berjuang sehabis baik ketika bermain sukan. Majlis Penyerahan Bendera ini diuruskan oleh Biro Sekreteriat Sukan dan Rekreasi(SSDR) KAB.Majlis ini diadakan di foyer KAB yang dihadiri oleh pengetua KAB,Dr Suzurin,Timbalan Pengetua,Encik Fairuz,Felo kanan,Encik Faizal,MEP Sukan KAB,Khairul Anuar dan para atlet Kolej Aminuddin Baki.Majlis dimulakan dengan kehadiran para atlet Kolej Aminuddin Baki pada jam 8.30 malam.Pada jam 8.45 malam,ketibaan tetamu kehormat majlis iaitu pengetua,timbalan pengetua,felo kanan

Sahabat Peneman Hidup

Image
Sahabat? Apa itu sahabat? Dalam hidup ini,sahabat merupakan orang yang sangat dekat dengan kita selepas keuarga kita. Tanpa sahabat,siapalah kita. ahri ini aku akan menceritakan serba sedikit tentang pentingnya sahabat dalam kehidupan. Dalam hidup ini,tanpa sahabat kita tidak boleh hidup dengan aman dan nyaman. Kita memerlukan sahabat apabila kita suka dan duka. Apabila kita ada sahabat,mereka dapat menolong kita apabila susa dan kita juga perlu menolong mereka apabila susah. Itulah sahabat. Antara sahabat yang ku temui ketika hari pertama aku masuk ke UKM adalah Nabil  Hirzan , Salzubir Salleh , Rizal Akhmar , Syazmil Firdaus dan ramai lagi. Rakan - rakan merupakan keluarga kedua ku di belakang keluarga kandung ku sendiri. 4 tahun merupakan tempoh yang cukup penting untuk aku menghabiskan masa bersama sahabat- sahabat ku di samping bertumpu kepada matlamat yang satu iaitu segulung ijazah sarjana muda. 4 tahun akan menjadi tempoh yang singkat sesudah aku pergi meniggalkan zam

Tempat Pelancongan Menarik

Image
Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian. Ini kerana, selain daripada tempat menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih untuk menginap juga penting untuk memastikan kita dapat kepuasan penuh semasa bercuti. 1.Villaku, Pahang Villaku Residences yang terletak di Balok Kuantan ini merupakan dua villa yang telah digabungkan menjadi satu. Setiap Villa boleh memuatkan 18 orang dan mempunyai kolam renang peribadi yang tersendiri. Lokasi dan rekebentuk Villa yang menarik membuat tempat ini ideal untuk bercuti bersama keluarga, rakan-rakan atau boleh digunakan untuk majlis seperti perkahwinan tepi pantai Apabila anda sudah puas mandi swimming pool, anda boleh ke pantai yang hanya beberapa langkah dari laut yang tenang. Alamat:  Lot 28195, Kg Pantai Balok, 26080, Balok, Kuantan, Pahang. Telefon:   +6019 266 9669 Facebook:   Villaku Residence Instagram:   Villaku Residence Laman Web:   villakuresidence.com.my 2.Tadom Hill Resort Kalau

Pulau Mabul Destinasi Percutian Impian

Image
Assalamualaikum dan selamat kembali kempada pembaca sekalian. Pada hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang destinasi pelancongan impian yang akan ku jejakkan kaki suatu hari nanti. Aku dan rakan rakanku telah pun merancang untuk melakukan percutian di Pulau Mabul yang teretak di Sabah.  Aku ingin menjejakkan kakiku ke pulau yang sangat indah di Malaysia iaitu Pulau mabul. Pulau ini merupakan Pulau yang sangat cantik yang ingin aku jejaki. Airnya yang tenang dan jernih membuatkan aku selalu teringat untuk kesana. Aku akan ke Pulau Mabul bersama rakan-rakan UKM untuk melihat kebesaran Allah SWT yang maha kuasa lagi maha agung. Khazanah yang indah ini akan selalu membuatkan ku teruja untuk ke sana. Jika pembaca sekalian ingin merasai kenikmatan sungai yang airnya kelihatan seperti air paip yang sangat jernih,pergilah ke pulau mabul. Semoga kita memperoleh kepuasan ketika menikmati khazanah alam.

Jenis - jenis Kasut Sukan

Image
1.0 Boot Boot merupakan kasut yang digunakan oleh pemain bola sepak dalam permainan bola sepak. Boot ini digunakan dalam permainan bola sepak kerana kasut tersebut direka khas dengan tapak yang tajam serta keras yang sesuai dengan padang rumput. kasut ini juga direka khas untuk pemain bola sepak kerana material yang digunakan ialah kain yang lembut serta diletakkan span di dalam kasut tersebut. hal ini bagi memastikan pemain berada dalam keadaan yang selesa ketika bermain bola sepak. 2.0 Kasut Futsal Reka bentuk kasut futsal lebih kurang boot. Hal ini kerana kasut ini digunakan bagi menendang bola sama fungsi dengan bola sepak. Walaubagaimanapun,tapak kasut futsal rata. Hal ini kerana futsal dimainkan di gelanggang futsal manakala bola sepak dimainkan di padang rumput. 3.0 Kasut Badminton Kasut badminton selalunya dikeluarkan oleh syarikat copter dan juga yonex. Kasut ini lebih ringan berbanding kasut futsal dan boot. reka bentuk kasut ini lebih

Latar Belakang Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Image
Latar Belakang Sejarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM dirintis dengan tertubuhnya Jabatan Ekonomi dan Perdagangan. Seusia dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1970. Pada peringkat awal penubuhannya disiplin ekonomi hanya bertaraf jabatan. Ia merupakan salah sebuah jabatan dalam Fakulti Sastera. Taraf Jabatan Ekonomi dan Perdagangan telah dinaikkan ke peringkat fakulti pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan. Fakulti baru ini dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin menigkat telah melahirkan idea untuk memisahkan fakulti ini kepada dua buah fakulti yang berasingan iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pengasingan fakulti ini telah berlaku pada 16 Mei 1979. Semenjak dari itu, kedua-dua fakulti telah berkembang dengan pesat. Dalam tahun 1996, pihak pengurusan UKM telah memutuskan untuk me

Nutrisi Seimbang

Image
  Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat,protein,lemak,vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi. Isi kandungan karbohidrat karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula,kanji dan beberapa selulosa,gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijirin seperti beras,gandum dan sepertinya. Protein Protein mengandungi beberapa zat seperti amino asid,protein kelas perama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama. Lemak Lemak menyed